Monday, 9 January 2012

Majalah anis januari 2012 bil.173

Salam,

Agak lama tidak update blog ni. Semoga tahun baru, harap blog ni dapat di update selalu ^^. Okey kali ni kebetulan ada majalah anis (kakak punya) lepas dibelek-belek, berkenan pulak untuk membuat entri kali ni.

Antara tajuk di muka hadapan adalah,
  • Krisis rumahtangga: umpama menarik rambut dalam tepung
  • Rebah di litar taubat
  • Cinta kristal zahrah & julian
  • Perlukah berhemah tangani murtad -Dr.zulkifli al-bakri-
  • Kenapa cari buruk pasangan
  • Bahayakah kesan x-ray ketika hamil?
  • Apabila suami tidur di sofa
  • 7 sebab mesti pakai kain dalam
  • Hitung kesyukuranmu, bukan kesukaranmu

Sebenarnya majalah anis ni adalah sememangnya untuk perempuan, tetapi disebabkan ada beberapa info yang menarik didalamnya, ia adalah sesuai juga untuk kaum adam. Jadi antara yang hendak ditekankan dalam entri ini adalah sedikit sahaja yang berkaitan wanita dan kekeluargaan dan di fokuskan kepada info yang umum.

Fokus utama
Tetapi sebelum pergi lebih jauh, fokus utama majalah anis kali ini adalah 'Krisis rumahtangga: umpama menarik rambut dalam tepung'. Antara sub tajuk yang ada pada fokus utama adalah,
  • Kenapa berlaku masalah rumah tangga (ada 6 huraian)
  • Masalah rumah tangga seperti rempah-ratus (ada 4 huraian)
  • Empat pendekatan menyelesaikan masalah (ada 4 huraian)
  • Dan tajuk-tajuk kecil seperti
  • Mertua vs menantu
  • Pentingnya musyawarah
  • Cara mengawal emosi marah
  • Dan banyak lagi.. :)

Tetamu anis
Adalah berkenaan dengan Zahrah dan Julian(warga australia yang memeluk islam). Menceritakan bagaimana mereka membina keluarga dan bagaimana saudara baru itu memeluk islam. Apa yang menarik nya untuk memeluk islam. Antaranya, terpegun mendengar kalam Allah.

Sihat anggun
Walaupun bertajuk anggun, tetapi sesuai untuk lelaki maskulin :). Tajuk kali ini adalah, Kubis sayur yang mengagumkan. Membicarakan tentang fakta nutrisi dan kebaikan kubis antaranya, merawat obesiti, nyah toksin, menyembuh ulser perut dan lain-lain yang dihuraikannya. Tetapi kubis juga ada AWAS nya untuk mereka yang ada tiroid, juga ada penerangannya.

Kata&Makna
Hitunglah kesyukuranmu bukan kesukaranmu (teringat lagu lukisan alam). Penulis kolum ini adalah Perunding Motivasi Kiffah Motivation & Training, ustaz rujhan mohamed razali. Antara isi menarik bahagian ini,

  • Setiap seminit manusia bernafas sebanyak 16.53 kali
  • Satu jam 992 kali
  • Satu hari 23,809 kali
  • Satu minggu 166,666 kali
  • Satu bulan 714,280 kali
  • Satu tahun 8,571,428 kali

Mukmin Lifestyle
Penyelesaian isu murtad (siri akhir) oleh Dr.Zulkifli Al-Bakri. Sememangnya Dr.Zulkifli Al-Bakri banyak membahaskan isu-isu semasa dan hujahnya cukup meyakinkan dan isu murtad ini adalah sedikit sebanyak berkaitan isu memurtadkan orang islam di satu gereja di selangor pada bulan ramadhan 2011 lalu yang mana orang islam yang dalam kesusahan di jemput berbuka puasa di gereja.

Isu murtad ini ditulis bersiri menunjukkan penghuraian nya dengan panjang lebar dan bersiri untuk memahamkan pembaca dengan sejelasnya berkaitan soal aqidah orang islam di negara ini.

Tip RM
Hajah Rohani Datuk Hj. Mohd Shahir dari Hijrah Wealth Management, dalam artikel kali ini tentang, Kemaskini azam kewangan anda
  1. Hijrah kewangan
  2. Kurangkan hutang
  3. Tambah tabungan
  4. Ambil perlindungan
  5. Buat penulisan wasiat
  6. Lakar peta kewangan
  7. zakat
Setiap point ada penerangan dan huraian nya.

Fikah Wanita
Berkaitan persoalan 'Sambut hari jadi, bolekah meniup lilin'. Di huraikan oleh Ustazah Maznah Daud, Ahli Jawatankuasa Penasihat Ibadah Haji TH/JAKIM.

Aroma Dapur Anis
Suka jugak tengok-tengok resepi ni tapi kali ni tentang coklat, antaranya
  • Apam Polkadot
  • Jambangan Rose Loly Choc
  • Loly Choc
  • Choc Bar
  • Choc oreo

Itu sahaja untuk entri kali ini, jumpa lagi pada entri akan datang dan jangan lupa dapatkan Majalah Anis dipasaran (promo x berbayar nie) :)

No comments:

Trending Now