Friday, 12 August 2011

Solusi isu 34: andai ini ramadhan terakhir layakkah kita berhari raya

Buat julung2 kali nye ini merupakan post yang pertama tercatat dalam tinta blogger pada 12ogos2011 bersamaan malam ke 13ramadhan1432H.huhu..

Perkenalan pertama untuk mengenali blog ini adalah dikhususkan kepada review@ulasan sedikit sebanyak dengan bahan bacaan yg dibaca samaada dibeli,pinjam atau mungkin jumpe(xtau lah dtg dari mane).

Sempena bulan barokah ini, majalah solusi isu 34 menjadi pilihan. Dah masuk isu ke 34, rasa macam sekejap je majalah ni ada kat pasaran x silap mula dalam tahun 2009 lepas.

Boleh dikatakan dari A-Z sume nye berkenaan ramadhan dan puasa. Dari tafsir, hadis, isu semasa, muamalat, tasawur, tauhid, munakahat, fiqah, soal jawab, sampai teknologi mengulas isu puasa dan ramadhan.

Yang hebat tentang majalah solusi ni, ia seolah-olah sebuah modul sekolah pondok yang mengupas setiap isu dari semua aspek. Lagi satu yang mungkin berbeza adalah kolumnis yang dtg dari pelbagai golongan sama ada ulama,umara ahli akademik mahu pun golongan profesional yang tidak jumud dengan pak2 ustad yang kalo bercakap sikit2 guna hadis dan quran.huhu..

setiap page ada katun kecik tapi gambar kat atas ni full page katun.mungkin ni tarikan kot


ilustrasi praktikal,satu lagi kreativiti dalam dakwah


page yg aku suka,puisi =) gambar pun santik


photografi pilihan dengan tagline "ibu bapa berilmu tidak kedekut kepada sesuatu yang bermanfaat untuk anak remaja mereka"

Rase nya itu sahaja utk kali ni, rumusan nye majalah solusi ni bukan setakat persoalan agama malah mencerna minda supaya bila membincangkan tentang islam ia tidak dangkal dan sesungguhnya islam itu syumul..

Diterbitkan oleh telaga biru harga rm11.00 dapatkan dipasaran =)

No comments:

Trending Now