Sunday, 14 August 2011

Al-islam Ogos 2011

Salam

Perkongsian seterusnya adalah majalah al-islam keluaran ogos 2011. Majalah yang menggunakan tagline 'majalah islam kontemporari'.

Tajuk besar memaparkan 'zikir..peluru ke alam ghaib'. Dan antara tajuk kecil dimuka depan majalah ni adalah:
  • petua nabi kuruskan badan
  • hendak puasa, niat penuh atau pendek
  • poligami: lelaki ditakdirkan untuk jatuh cinta
  • awas! yakjuj makjuj sudah terlepas
  • 2050 rusia jadi negara islam


Fokus yang nak share adalah di kolum tokoh di bawah tajuk, ZAID SHAKIR: mengimpikan amerika sebagai negara islam.

Seorang warga amerika-afrika, pakar selok belok hak sivil, sains politik, dan perundangan tradisional islam. Memeluk islam tahun 1977, pernah mendalami ilmu zen buddism, confucianism dan ilmu mistik ketimuran sebelum memeluk islam.

Menurut blog CNN This just in, zaid shakir tergolong dalam sembilan pendakwah berpengaruh di youtube. Pernah berdebat dengan pemikir konservatif dan ahli falsafah Britain Roger Scruton tentang kewujudan tuhan dalam rancangan Can We Talk About God.

Secara peribadi, aku baru familiar dengan zaid shakir ni, sebelum ni yang sedia maklum cendikiawan islam yg berpengaruh atau yg menjadi ancaman kepada amerika macam harun yahya, zakir naik dan ada beberapa lagi yang lupa lak nama nya. Sekarang (mungkin dah lama,aku je baru tau) ZAID SHAKIR antara yang ilmuan islam berpengaruh bakal mengislamkan amerika satu hari nanti. insyaAllah mudah-mudahan

Maklumat lanjut dapatkan majalah ni untuk kenal zaid shakir ni atau gugel je kat gogel tu =)


Di kolum berita tempatan/global, nak highlight kat sini tony blair akui al-quran sumber rujukan. Sape x kenal setan bertopeng manusia ni, bekas perdana menteri britain dan penyokong kuat perang iraq. Antara fatwa yang dia keluarkan 'saya memuji islam sebagai sebuah agama yang indah dan Nabi Muhammad sebagai penggerak dunia bertamadu'. Fikir-fikir dan renung-renungkan =)

Antara tajuk yg terdapat di kolum ni adalah
  • Penyelam AS cari jenazah Osama
  • Abu Bakar Bashir dipenjara 15 tahun
  • Russel Crowe hina amalan berkhatan
  • dan banyak lagi


Sikit yang ada kat muka surat 4, berita baik untuk mereka yang ingin zuriat. Seseorang telah menemui Rasulullah lalu berkata, "Wahai Rasulullah, saya tidak dikurniakan seorang anak pun dan sehingga kini saya tidak memiliki anak."

Lalu Rasulullah bersabda, "sudahkah kamu memperbanyakkan beristighfar dan bersedekah. Kamu akan dikurniakan (anak) berkat kedua-dua amalan itu." Dan akhirnya lelaki itu dikurniakan sembilan anak. Ada di muka surat 4 ni penerangan lanjut.



2050 rusia jadi negara islam

Basuhlah rongga hidungmu..kerana syaitan ada di situ

Rumusannya, antara tajuk-tajuk yang ada dalam al-islam kali ni adalah
  • Al-Quran menjelaskan: manusia mendengar dulu sebelum melihat
  • Agama islam dalam erti kata yang luas
  • Interaksi alam ghaib
  • Fenomena imam muda 2 (x tengok pon imam muda ni, asik dok layan maharajalawak aritu hehe)
  • Kuasa niat dalam kehidupan
  • dan banyak lagi..

No comments:

Trending Now