Monday, 12 September 2011

A Map of Trengganu


Penulis oleh Wan A. Hulaimi atau lebih dikenali sebagai Awang Goneng. Seorang anak jati Terengganu yang kini menetap di London. A Map of Trengganu merupakan susulan kepada Growing Up in Trengganu yang mendapat sambutan luar biasa dalam dan luar negara. Kedua-dua buku ini adalah bersifat journalist.

Segala pengalaman penulis menjadi panduan oleh pelancong dalam dan luar negara untuk mengenali Terengganu melalui perspektif seorang journalist yang kini berkelana. Apabila membelah buku ini, benarlah kata-kata seorang testimoni untuk Growing Up in Trengganu , Head Southeast Asia section British Library, " Awang Goneng does with words what Lat does with pictures".


Antara cerita yang diceritakan -A Tall House- Antara kisah peribadi dan perspektif penulis


-Road Travel and Ferry Tales-


-The Kerengga Tree-


-bahagian glosari a-z -

Dialek Terengganu yang jarang diketahui, antaranya, geduk, bekwoh, bbaloh, jo'ong, kkeduk, koloh, ddering, golok dan pelbagai lagi. Semuanya ada sebab dan tafsiran tersendiri.

-kulit belakang-

A Map of Trengganu dan Growing Up in Trengganu diterbitkan oleh Monsoon Books. Harga RM 35.90 boleh didapati di MPH

Sunday, 14 August 2011

Al-islam Ogos 2011

Salam

Perkongsian seterusnya adalah majalah al-islam keluaran ogos 2011. Majalah yang menggunakan tagline 'majalah islam kontemporari'.

Tajuk besar memaparkan 'zikir..peluru ke alam ghaib'. Dan antara tajuk kecil dimuka depan majalah ni adalah:
  • petua nabi kuruskan badan
  • hendak puasa, niat penuh atau pendek
  • poligami: lelaki ditakdirkan untuk jatuh cinta
  • awas! yakjuj makjuj sudah terlepas
  • 2050 rusia jadi negara islam


Fokus yang nak share adalah di kolum tokoh di bawah tajuk, ZAID SHAKIR: mengimpikan amerika sebagai negara islam.

Seorang warga amerika-afrika, pakar selok belok hak sivil, sains politik, dan perundangan tradisional islam. Memeluk islam tahun 1977, pernah mendalami ilmu zen buddism, confucianism dan ilmu mistik ketimuran sebelum memeluk islam.

Menurut blog CNN This just in, zaid shakir tergolong dalam sembilan pendakwah berpengaruh di youtube. Pernah berdebat dengan pemikir konservatif dan ahli falsafah Britain Roger Scruton tentang kewujudan tuhan dalam rancangan Can We Talk About God.

Secara peribadi, aku baru familiar dengan zaid shakir ni, sebelum ni yang sedia maklum cendikiawan islam yg berpengaruh atau yg menjadi ancaman kepada amerika macam harun yahya, zakir naik dan ada beberapa lagi yang lupa lak nama nya. Sekarang (mungkin dah lama,aku je baru tau) ZAID SHAKIR antara yang ilmuan islam berpengaruh bakal mengislamkan amerika satu hari nanti. insyaAllah mudah-mudahan

Maklumat lanjut dapatkan majalah ni untuk kenal zaid shakir ni atau gugel je kat gogel tu =)


Di kolum berita tempatan/global, nak highlight kat sini tony blair akui al-quran sumber rujukan. Sape x kenal setan bertopeng manusia ni, bekas perdana menteri britain dan penyokong kuat perang iraq. Antara fatwa yang dia keluarkan 'saya memuji islam sebagai sebuah agama yang indah dan Nabi Muhammad sebagai penggerak dunia bertamadu'. Fikir-fikir dan renung-renungkan =)

Antara tajuk yg terdapat di kolum ni adalah
  • Penyelam AS cari jenazah Osama
  • Abu Bakar Bashir dipenjara 15 tahun
  • Russel Crowe hina amalan berkhatan
  • dan banyak lagi


Sikit yang ada kat muka surat 4, berita baik untuk mereka yang ingin zuriat. Seseorang telah menemui Rasulullah lalu berkata, "Wahai Rasulullah, saya tidak dikurniakan seorang anak pun dan sehingga kini saya tidak memiliki anak."

Lalu Rasulullah bersabda, "sudahkah kamu memperbanyakkan beristighfar dan bersedekah. Kamu akan dikurniakan (anak) berkat kedua-dua amalan itu." Dan akhirnya lelaki itu dikurniakan sembilan anak. Ada di muka surat 4 ni penerangan lanjut.



2050 rusia jadi negara islam

Basuhlah rongga hidungmu..kerana syaitan ada di situ

Rumusannya, antara tajuk-tajuk yang ada dalam al-islam kali ni adalah
  • Al-Quran menjelaskan: manusia mendengar dulu sebelum melihat
  • Agama islam dalam erti kata yang luas
  • Interaksi alam ghaib
  • Fenomena imam muda 2 (x tengok pon imam muda ni, asik dok layan maharajalawak aritu hehe)
  • Kuasa niat dalam kehidupan
  • dan banyak lagi..

Friday, 12 August 2011

Solusi isu 34: andai ini ramadhan terakhir layakkah kita berhari raya

Buat julung2 kali nye ini merupakan post yang pertama tercatat dalam tinta blogger pada 12ogos2011 bersamaan malam ke 13ramadhan1432H.huhu..

Perkenalan pertama untuk mengenali blog ini adalah dikhususkan kepada review@ulasan sedikit sebanyak dengan bahan bacaan yg dibaca samaada dibeli,pinjam atau mungkin jumpe(xtau lah dtg dari mane).

Sempena bulan barokah ini, majalah solusi isu 34 menjadi pilihan. Dah masuk isu ke 34, rasa macam sekejap je majalah ni ada kat pasaran x silap mula dalam tahun 2009 lepas.

Boleh dikatakan dari A-Z sume nye berkenaan ramadhan dan puasa. Dari tafsir, hadis, isu semasa, muamalat, tasawur, tauhid, munakahat, fiqah, soal jawab, sampai teknologi mengulas isu puasa dan ramadhan.

Yang hebat tentang majalah solusi ni, ia seolah-olah sebuah modul sekolah pondok yang mengupas setiap isu dari semua aspek. Lagi satu yang mungkin berbeza adalah kolumnis yang dtg dari pelbagai golongan sama ada ulama,umara ahli akademik mahu pun golongan profesional yang tidak jumud dengan pak2 ustad yang kalo bercakap sikit2 guna hadis dan quran.huhu..

setiap page ada katun kecik tapi gambar kat atas ni full page katun.mungkin ni tarikan kot


ilustrasi praktikal,satu lagi kreativiti dalam dakwah


page yg aku suka,puisi =) gambar pun santik


photografi pilihan dengan tagline "ibu bapa berilmu tidak kedekut kepada sesuatu yang bermanfaat untuk anak remaja mereka"

Rase nya itu sahaja utk kali ni, rumusan nye majalah solusi ni bukan setakat persoalan agama malah mencerna minda supaya bila membincangkan tentang islam ia tidak dangkal dan sesungguhnya islam itu syumul..

Diterbitkan oleh telaga biru harga rm11.00 dapatkan dipasaran =)

Trending Now